Friday, February 25, 2011

proud to be wa muslim!

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi banyak pula dugaan yang datang. Kadang-kadang kita minta cerdik tapi masalah pula yang timbul. Kadang-kadang kita minta kebahagiaan, tetapi huru-hara pula.dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru-hara menjadikan kita tabah. Hebatkan Allah? Semua ada hikmah. Kalaulah manusia tahu hadis ini “Telah berkata Jibrail: wahai tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hambamu, maka Allah menjawab: Biarkan hambaKu itu kerana aku mencintai suaranya”. Anas bin Malik

Wahai manusia, muliamu kerana Islam. Hebatmu kerana doa. Indahmu kerana wudhu. Manismu kerana Al-quran. Jangan terjatuh dengan sedikit ujian dan jangan lemah dengan sedikit dugaan kerana cinta Allah amat menakjubkan.

Dalam jauh sebuah perjalanan, Allah amanahkan perjuangan. Terimalah dengan kekuatan. Kadang sakit yang mendatang, kadang teman tak sehaluan, kadang cemerlang gagal dicapai, namun itulah ujian dalam mencari iman yang teguh. Semoga terus tabah dalam perjuangan. Ingat sahabatku, Allah pasti akan sentiasa bersamamu

Jika ada sesiapa pinta cintamu, katakan ia untuk Allah, rindumu untuk Rasullullah dan kasihmu untuk ibu bapamu. Tetapi jika dipinta keikhlasanmu, berilah pada yang tahu menghargainya.

Apa lagi yang diperlukan bagi sebuah persahabatan jika di dalamnya terisi dengan jutaan rahmat tuhan. Bila menangis ada yang meredakan, bila gembira ada yang mengingatkan, bila sakit ada yang mendoakan dan bila sihat ada yang meraikan. Alangkah hebatnya persahabatan jika seiring dengan perjuangan.

Allah test us often with suffering and sorrow. Not to punish us but to help us meet tomorrow. So whenever we feel that everything is going wrong, it is just Allah's way to make our spirit strong.

When Allah takes something away from you, He is not punishing you. He is merely emptying your hands for you to receive something better.

Ketahuilah, bahawa apabila Ku mencintai seorang hamba, Ku asingkan dia daripada dunia, lalu ku tunjukkan dia cara beramal dan akhirat, Ku tunjukkan kepadanya aib dan cubaan dunia supaya ia beramal dengan amalan ahli syurga. Maka Ku masukkan dia ke dalam syurgaku dengan kasih sayangKu. -Hadis Qudsi-

kita Islam.jadi hargailah & jagalah agama kita ini.

2 comments:

  1. ya Allah, aku suka weh post nih. :) sekarang baru aku tau makna keikhlasan yg sebenar. Allah Maha Menyayangi. baru aku paham maksud sebenar-benarnya.

    ReplyDelete
  2. terima kasih weyh
    ya mushroom :))

    ReplyDelete