Monday, September 6, 2010

06092010


Alangkah indahnya hidup ini
Segala-galanya telah ku miliki
Kekayaan, kebahagiaan, kesihatan, malah kemewahan
Apa lagi yang belum ku kecapi
Subhanallah
Sungguh agungnya kuasa ilahi.

Namun betapa sedikit aku mengingati-Nya
Terlalu banyak pula aku terleka olehnya
Ya Allah
Betapa hinanya aku di hadapan-Mu.
Ya Allah Ya Rabbi
Aku tak layak untuk syurga-Mu
Namun tak sanggup aku
Terjerumus ke lembah neraka-Mu.

Bimbinglah aku Ya Rabbi
Jangan kau biar aku terleka
Dek kesenangan dunia yang sementara
Jangan kau biar aku terpana
Dengan nafsu dunia yang fana
Jangan kau ganti nikmat selamanya di sana
Dengan nikmat di sini yang seketika.

Semoga
Aku menjadi orang yang bertakwa
Serta terus
istiqamah di atas jalan-Nya
Mengejar
JANNAH di sana
Kerana itulah kebahagiaan yang sebenar-benarnya.

*aktiviti terluang dgn menulis blog. xdak keja len dah nk bwat.

No comments:

Post a Comment